TEMA 4

UNIT 6 : PRINSIP-PRINSIP PENTING DALAM AJARAN PELBAGAI AGAMA

TUJUAN BERAGAMA

  • untuk memberikan panduan hidup yang sempurna kepada manusia

PRINSIP-PRINSIP AJARAN DALAM PELBAGAI AGAMA
  • mempercayai kewujudan Tuhan
  • menyediakan hukum dan peraturan
  • menekankan konsep ganjaran dan pembalasan terhadap segala perlakuan manusia ketika masih hidup
  • mengangkat martabat dan menyatukan manusia

NILAI-NILAI MURNI
  • bertitik tolak daripada prinsip agama
  • dituntut oleh agama untuk mengamalkannya
  • antara contohnya termasuklah nilai-nilai amanah, bertanggungjawab, kesederhanaan, toleransi, kesyukuran, dan kasih sayang.

AMALAN
  • merupakan perlakuan yang sudah menjadi kebiasaan 
  • ada amalan yang bertentangan dengan agama
  • ada amalan yang berlandaskan nilai-nilai murni yang dituntut oleh agama
  • amalan yang selari dengan prinsip-prinsip agama dan mempunyai nilai-nilai murni yang perlu dikekalkan
  • amalan yang bertentangan dengan ajaran agama dan nilai-nilai murni perlu ditinggalkan 



UNIT 7: KEPENTINGAN AMALAN TERTENTU DALAM PERAYAAN PELBAGAI KAUM


Islam :
  • Hari Raya Aidilfitri
  • Hari Raya Aidiladha

Taoisme/ Buddha (dan semua orang Cina)
  • Tahun Baru Cina
  • Hari Wesak ( Buddha)

Hindu
  • Deepavali
  • Thaipusam

Kristian
  • Hari Natal/ Hari Krismas
  • Good Friday


Hari Raya Aidilfitri
amalan perayaan : menunaikan solat sunat Aidilfitri
  • sebagai meraikan kemenangan dan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T atas segala nikmat kurniaan-Nya

Hari Raya Aidiladha
amalan perayaan : melakukan ibadah korban
  • melatih diri supaya bersifat sanggup berkorban untuk melakukan kebajikan

Tahun Baru Cina
 
amalan perayaan : makan besar
  • mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga kerana dapat berkumpul bersama-sama

Hari Wesak
amalan perayaan : melepaskan burung merpati
  • sebagai tanda menghargai kebebasan

Deepavali
amalan perayaan : memasang pelita
  • melambangkan kecerahan mengatasi kegelapan, iaitu kebaikan mengatasi kejahatan

Thaipusam
amalan perayaan : menjunjung kavadi
  • Membayar nazar kepada Tuhan Murugan

Hari Natal
amalan perayaan : manjalankan upacara mass atau amalan-amalan suci
  • meraikan kelahiran Jesus Christ

Good Friday
amalan perayaan : berarak sambil membawa lilin dan salib
  • memperingati penyaliban Jesus Christ

Hari Gawai
amalan perayaan : menghidangkan air tuak yang digelar ai pengayu
  • dipercayai sebagai 'air rahmat' untuk memanjangkan umur

Tadau Kaamatan
amalan perayaan : mangadakan pertandingan Unduk Ngadau
  • memeriahkan suasana dan sambutan perayaan tersebut

Hari Vasakhi
amalan perayaan : mengadakan perarakan di Gudwara
  • memohon restu daripada guru-guru dan memeriahkan sambutan perayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan