Sejarah penggubalan perlembagaan
- Malaysia Union (1946)
- Persekutuan Tanah Melayu (1948)
- Sistem Ahli (Apri; 1951 - Jun 1955)
- Pilihan Raya Majlis Perbandaran (1951)
- Pilihan Raya Umum ( 1955)
- Rombongan Merdeka ( Februari 1956)
- Suruhanjaya Reid ( Mac 1956)
- Perlembagaan Merdeka ( 1957)
- Perlembagaan Malaysia ( 1963)
UNIT 9 : PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Bahasa
- Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara
- Bahasa Malaysia digunakan untuk maksud dan tujuan rasmi , namun penggunaan bahasa yang lain tidak ditegah
Agama
- Agama Islam sebagai agama rasmi negara namun semua orang bebas mengamalkan agama masing-masing
- Raja/Sultan ialah ketua agama Islam
Kewarganegaraan
- warganegara mempunyai taraf keanggotaan sesebuah negara
- setiap warganegara mempunyai tanggungjawab dan hak terhadap negara
- tanggungjawab utama warganegara ialah mempertahankan dan menjunjung perlembagaan
hak istimewa Orang Melayu , Bumiputra Sabah dan Sarawak
- tiga perkara menjadi hak keistimewaan utama , iaitu peluang dalam perkhidmatan awam, ekonomi , dan pelajaran
- kedudukan istimewa Orang Melayu - berhubung dengan tanah rizab Melayu
Hak Asasi
- kebebasan bergama - setiap orang bebas mengamalkan agama masing-masing walaupun agama rasmi ialah agama Islam
- kebebasan diri - setiap orang yang tidak bersalah dari segi undang-undang tidak boleh diambil nyawanya, diseksa, dipaksa kerja, dihukum, dibuang negeri, dihalang bersuara, dilarang berkumpul, dan ditegah menubuhkan persatuan
- kebebasan ekonomi - setiap orang bebas menjalankan aktiviti ekonomi selagi tidak bertentangan dengan undang-undang negara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan