Etika kerja
merupakan panduan dan prinsip dalam sesebuah organisasi
kepentingan : memastikan supaya pekerja sentiasa menunjukkan prestasi kerja yangg cemerlang, setia, dan bangga kepada kerja, tidak mementingkan diri sendiri, serta sentiasa menjalankan kewajiban agama
Kualiti Kerja
ditakrifkan sebagai menurut keperluan yang ditetapkan dalam melaksanakan sesuatu kerja di samping memuaskan hati pelanggan
kepentingan : memberikan perkhidmatan yang memuaskan hati semua pihak, mengelakkan kesilapan, dan pembaziran
peningkatan ilmu dan kecekapan
menjuruskan kepada usaha pekerja untuk menambah ilmu dan kemahiran selaras dengan perkembangan dunia hari ini
kepentingan : menggalakkan pekerja mencari pendekatan baru lagi meningkatkan kepakaran dan kecekapan serta bersikap inovatif dalam menyumbang kepada pembangunan negara.
penyelidikan dan pembangunan
bertujuan menghasilkan inovasi bagi meningkatkan kualiti barangan atau perkhidmatan
kepentingan : memeberikan kepuasan kepada pelanggan dari segi barangan yang dihasilkan dan perkhidmatan yang diberikan
rasuah sifar
menekankan amalan bersih , cekap, ikhlas, dan amanah dalam urusan perkhidmatan
kepentingan : mengelakkan rasuah, penyelewengan, dan penyalahgunaan kuasa serta mengelakkan kepincangan dalam sistem sosial, ekonomi, dan politik negara
kebajikan pekerja
ditekankan kepada majikan agar mengambil berat akan aspek keselesaan dan kebajikan pekerja di tempat keja serta peluang meningkatkan kerjaya
kepentingan : memotivasikan pekerja hingga timbul suasana selesa, selamat, dan gembira supaya mereka bekerja dengan bersungguh-sungguh dan organisasi mereka mencapai kecemerlangan
UNIT 11: PENGGUNA RASIONAL
hak pengguna
- hak mendapatkan keperluan asas
- hak mendapatkan perlindungan keselamatan
- hak mendapatkan maklumat
- hak membuat pilihan
- hak bersuara
- hak mendapat ganti rugi
- hak mendapatkan pendidikan kepenggunaan
- hak mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
tanggungjawab pengguna
terhadap diri :
- membeli secara rasioanal dan bijak
- membuat belanjawan diri
- bersedia mengambil tindakan
- mempunyai kesedaran mengkritik
terhadap masyarakat :
- bersatu padu dan bekerjasama
- bersedia memikul tanggungjawab sosial
- menjaga alam sekitar dan alam semula jadi
etika pengeluar
- perlu mengenal dan menerima hak-hak pengguna
- memastikan etika perniagaan yang jujur
- berpegang pada prinsip persaingan yang adil
- memberikan maklumat yang lengkap, tepat, dan benar
- tidak memburukkan peniaga-peniaga lain
standard dan keselamatan pengguna
- standard - garis panduan agar produk atau perkhidmatan selamat dan sesuai untuk digunakan oleh pelanggan
- Peranan Jabatan Standard Malaysia, SIRIM Berhad, dan International Organization for Standardization (ISO)
etika pengguna
terhadap penjual atau peniaga :
- tidak wajar menawarkan harga sehingga merugikan penjual
- memenuhi kontrak yang telah dibuat dengan penjual
- tidak membatalkan pembelian dan memulangkan barang
- tidak wajar meminta perkhidmatan yang berlebihan
- membayar tepat pada masa yang dijanjikan
- bekerjasama dan bersopan santun
terhadap masyarakat :
- melibatkan diri dalam pergerakan kepenggunaan
- berstu mempertahankan hak pengguna berbelanja dengan bijak
- memelihara alam sekitar
- tidak menyebarkan khabar angin
- melaksanakan tanggungjawab sosial
Tiada ulasan:
Catat Ulasan